dia
seorang gadis kampung
yang mempunyai rasa
dia
gadis kampung
yang dididik cara kampung
yang mungkin agak kolot
mungkin
dia
gadis kampung
yang tidak punyai apa-apa kemodenan
mungkin
dia
gadis kampung
yang datang ke bandar kota
untuk melihat
bagaimana rupa
kota yang di anggungkan
yang banyak fantasi dari realiti
mungkin
dia
gadis kampung
yang mencintai ilmu
sampai ke tempat dituju
dia
gadis kampung
hanya menjadi pemerhati
kepada pelbagai ragam manusia
mungkin
dia
gadis kampung
yang selekeh, kolot
tidak menarik
dan langsung tidak menarik mata-mata
dan
dia
sekadar melihat dan mentafsir
dan terus mentafsir
mungkin
dia
gadis kampung
hanya mampu
menitipkan doa
agar dirinya
tidak tenggelam dek
kota yang penuh dengan kepalsuan
mungkin
yang amat comot
yana liyana
No comments:
Post a Comment