Thursday, November 28, 2013

tanpa nama 1


melankolik, romantis, humor, happy go lucky
hey,apakah semua itu
rasa kau,rasa aku atau rasa kita
hey hey
lupakan lah
tak penting semua itu
kau dan aku berbeza dan juga kita
memang berbeza
seperti gagak dan kucing
mustahil sama



Wednesday, November 27, 2013

tak ber TAJUK

"oh indahnya kisah mereka kan", kata elisa kepada azri. Namun tiada reaksi, malah dengan bersahaja azri mengalihkan pandangan kearah lain.
"what's wrong with you?"
Nothing. says azri. Dan masing-masing mula melayan perasaan diiringi dengan lagu yang mengasikkan jiwa. terbuai seketika.
azri memandang elisa dan bertanya
awak nak tak jadi pendamping saya disaat ini hingga syurga
elisa kaku untuk menjawab pertanyaan tersebut
dia tahu, hati dia sememangnya menyayangi dan mencintai pemuda bernama azri
namun, ada batas yang perlu dijaga
elisa termenung untuk menyampaikan jawapan.
ya hati berkata suka cinta
namun, lidah kelu
mereka kembali melayan perasaan dan jiwa
elisa bersuara
andai kau jodohku, kemana-mana aku pergi atau kau pergi
aku dan kau akan bersatu dalam satu ikatan.

Tuesday, November 26, 2013

gadis kampung


dia
seorang gadis kampung
yang mempunyai rasa

dia
gadis kampung
yang dididik cara kampung
yang mungkin agak kolot
mungkin

dia
gadis kampung
yang tidak punyai apa-apa kemodenan
mungkin

dia
gadis kampung
yang datang ke bandar kota
untuk melihat
bagaimana rupa
kota yang di anggungkan
yang banyak fantasi dari realiti
mungkin

dia
gadis kampung
yang mencintai ilmu
sampai ke tempat dituju

dia
gadis kampung
hanya menjadi pemerhati
kepada pelbagai ragam manusia
mungkin

dia
gadis kampung
yang selekeh, kolot
tidak menarik
dan langsung tidak menarik mata-mata
dan
dia
sekadar melihat dan mentafsir
dan terus mentafsir
mungkin

dia
gadis kampung
hanya mampu
menitipkan doa
agar dirinya
tidak tenggelam dek
kota yang penuh dengan kepalsuan
mungkin

yang amat comot
yana liyana




Sunday, November 17, 2013

pelangi itu


pelangi itu indah
indah dimata
dan juga dihati
mungkin

dan
seindah itu juga
kisah ini
kisah kau aku dia dan dia

kau dan aku
dipertemukan secara
kebetulan
juga dengan dia
dan dia

aku dan kau
bejalan seiringan
berdua
gelak ketawa
bersama

namun,
bila dia dan dia hadir
kau
pergi meninggalkan aku
aku terkedu
salah aku kah
silap aku kah

otak membeku
untuk berfikir
untuk mengimbas
apa yang berlaku

kau
pergi meninggalkan aku
tanpa sebarang kata
aku
kelu dan kaku
tiada rasa

kerana dia dan dia
kau
pergi
berlalu
tanpa sebarang
kata atau
ucapan
dan tanpa senyuman
seperti biasa

aku
hanya mampu
melihat
sambil air jernih
membasahi bumi

kau pergi
tanpa kata

yang amat comot
yana liyana

Saturday, November 16, 2013

kata


kau kata
ada apa dengan cinta
tapi aku kata
ada apa dengan kau
kau gelak
aku pun gelak

kau kata
hidup perlu diteruskan
aku kata
memang perlu di teruskan
kau gelak
aku pelik

kau kata
cinta itu buta
aku kata kenapa buta
kau kata sebab dia tak ada mata
dan aku gelak

aku kata
kau selalu buat aku gelak
kau kata memang tugas kau
aku kata kenapa
kau kata
suka hati kau la

aku kata
kau gemuk
kau kata aku hensem
aku kata
aku perempuan
kau kata
peduli apa
dan
kau gelak

kau kata
tak ada kau
dunia aku kelam
aku kata
kelam kenapa
kelam sebab nak malam
kau gelak
dan aku gelak

kau kata
kau jatuh cinta
aku kata
kau jatuh cinta
kau kata
ya aku jatuh cinta
aku kata
dengan siapa
kau kata
dengan aku
dan aku gelak


yang amat comot
yana liyana

jauh



malam
tanpa bintang
tanpa bulan
hanya bertemankan
cahaya lampu

soal hati
bukan mainan
dan bukan galang ganti
bukan dan bukan
bukan itu semua

soal hati bagi kau
hanya mainan
saat kau perlu kau cari
dan saat kau ketemu dengan
pemilik hati baru
kau biarkan aku

apakah kau tahu dan mengerti
apakah kau rasa
derita dan sakit
adakah kau mengerti
aku kira
kau sedikit tidak mengerti
tentang apa yang dinamakan hati

aku kira
kau hanya anggap aku
tempat persinggahan
mungkin
atau kau mencari yang sempurna

luka yang kau berikan
akan terus terpahat
walau bertahun masa berlalu
aku kira kau langsung tidak mengerti

aku tahu
tentang itu
tentang perasaan itu
perasaan yang akan
tetap subur dalam
hati
dan kau hanya tersenyum bahagia
dan aku
hanya mampu melihat dari jauh.


yang amat comot
yana liyana

Friday, November 15, 2013

dia



dia
kadang-kadang di atas
kadang-kadang terjatuh
tersungkur
kadang-kadang menogkah arus

dia
memerlukan tangan..
tangan yang bisa membantu dia
untuk kembali berdiri
untuk terus berdiri
namun
hampa

kenapa begitu susah
susah untuk menghulurkan tangan
demi dia
dia yang ingin bangkit
bangkit dari derita
yang mungkin tiada siapa
tahu

hanya DIA yang dia ada
DIA yang sudi mendengar
beribu-ribu kisah
kisah yang mungkin sukar untuk di fahami
mungkin dia perlu sedar
sedar bahawa
hanya DIA yang dia ada
tidak yang lain
yang lain hanya mampu
mampu senyum

senyuman yang kadang-kadang
menyentap jiwa dan raga
yang membuatkan dia kembali
tersungkur terjatuh dan tidak ingin bangkit

namun
DIA tetap ada
tetap sentiasa bersama
tetap mendengar keluhan
DIA
hanya DIA



yang amat comot
yana liyana





Thursday, November 7, 2013

perasaan mungkin

Tika bayu menghembus di mukanya
Saat itu juga air mata mengalir
Dan seakan-akan tidak mahu berhenti
Mengalir dan terus mengalir
Mudahnya!

Hati berkata kenapa!
Namun tiada jawapan yang mampu di berikan
Hanya tangisan yang berterusan
Mengungkap segalanya

Mata itu!
Terus berkaca dan redup
Bayu terus menghembus lembut
Seakan-akan mengerti apa yang dialaminya
Kesedihan yang mungkin akan berterusan
Mungkin dan Mungkin

Tiada siapa tahu…mungkin..dan mungkin..



yang amat comot
yana liyana