Thursday, December 5, 2013

tanpa nama 2


kau
sekejap ada sekejap tak ada
macam biskut chipsmore
kenapa

kau
menghilang seperti jejak-jejak dipantai
hilang saat ombak datang
kenapa

tahukah
kau
bahawa aku sentiasa menunggumu
dan akan terus menunggu
detik demi detik
tetap menunggumu

masih tidak setiakah aku
masih tidak jujurkah aku
dengan kau
menghilang tanpa sebarang jejak

aku
masih disini
menanti sebuah jawapan yang tidak pasti

No comments:

Post a Comment