Sunday, February 20, 2011

"SAAT KEDUA"

pengajian di sini amat2 mencabar diri ini. kadang2 terasa ingin berputus asa namun bila ingatkan mereka-mereka yang disayangi..semangat itu datang semula...namun ini lah rasa yang seringkali dirasai bile 'tension'..

hati hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala kesulitan yang harus dihadapi ini...bukan senang untuk bertekad...bukan senang untuk berjuang...namun..hati mesti kuat...kuat dan kuat untuk mengatasinya....hanya DIA yang mengetahui...kadang2 tersungkur jugak hati ini...pada NYA lah diri ini meminta...merayu...

impian dan juga harapan sentiasa di semat dalam hati dan juga minda supaya ia tidak dilupakan dan berganti dengan impian yang lain..yang boleh membuatkan hati ini goyah pada impian dan juga harapan yang telah disemat saat menjejakkan kaki di UKM ni...

disini..diri ini belajar bagaimana mahu berdikari dan juga berusaha, namun ia bukan bermakna diri ini tidak pernah berdikari, namun disini lebih mengajarku apa itu erti berdikari, erti hidup dan juga usaha...

credit diberikan kepada pakcik..yang sentiasa memberikan kate2 nasihat supaya diri ini tidak sentiasa leka...malah selalu dingtkan tentang niat datang uKM...dan juga tentang ma dan abah..."pakcik. saya tak pernah lupa nasihat tu"

diri ini tak akan sia2kan peluang "KEDUA" yang diberikan olehNYA..hanya DIA yang tahu macamane "SAAT KEDUA" itu menjadi milik diri ini...syukur...diri ini telah diberikan "SAAT KEDUA"




No comments:

Post a Comment