Sunday, October 16, 2011

.Pertemuan itu.

sebelum tangan membuka buku, sebelum minda memfokuskan pada buku, saya mahu menulis untuk meluahkan sesuatu. sesuatu yang amat saya sayangi dan hargai.

sahabat,
kita berjumpa tanpa dirancang,
tanpa dipinta pertemuan ini,
tanpa terdetik sedikit pun di fikiran yang kita akan berjumpa,
Namun,
ALLAH maha mengetahui,
segalanya,
ALLAH sudah aturkan aturan yang amat cantik buat kita,


sahabat,
mengenali mu memberi seribu satu makna,
kita bersama susah dan senang,
kita menangis bersama-sama,
kita membesar dalam satu daerah yang sama,
daerah yang digelar menara gading,
disitu kita belajar, berdikari bersama-sama,
jatuh bangun bersama-sama


sahabat,
sekalipun kita pernah belainan pendapat,
namun ia tetap tidak memberi kesan kepada kita,
kita tetap setia bersama,
walaupun kita jauh,
ia tidak menjadi penghalang untuk kita,
kerana kita adalah sahabat.


sahabat,
walaupun jarak memisahkan antara kita,
sekalipun aku tidak pernah melupakan
yang kita pernah menjadi sahabat
aku gembira kerana mengenali dirimu,
sungguh, cantik ALLAH mengaturkan,
sebuah PERTEMUAN yang akan dikenang seumur hidup nanti.

 
                                                        ITULAH SAHABAT



* istimewa untuk GENG EWAH-EWAH 2007 


by yana liyana




No comments:

Post a Comment