Thursday, December 5, 2013

tanpa nama 3

walau seribu kali kita lari 
ia tetap akan mengejar kita
dan itulah
jodoh
bak kata orang
jodoh tak akan lari 
jadi ia akan mengejar kita 
kalau kita tak kejar dia


emm betul ke
ehhh...

tanpa nama 2


kau
sekejap ada sekejap tak ada
macam biskut chipsmore
kenapa

kau
menghilang seperti jejak-jejak dipantai
hilang saat ombak datang
kenapa

tahukah
kau
bahawa aku sentiasa menunggumu
dan akan terus menunggu
detik demi detik
tetap menunggumu

masih tidak setiakah aku
masih tidak jujurkah aku
dengan kau
menghilang tanpa sebarang jejak

aku
masih disini
menanti sebuah jawapan yang tidak pasti

Thursday, November 28, 2013

tanpa nama 1


melankolik, romantis, humor, happy go lucky
hey,apakah semua itu
rasa kau,rasa aku atau rasa kita
hey hey
lupakan lah
tak penting semua itu
kau dan aku berbeza dan juga kita
memang berbeza
seperti gagak dan kucing
mustahil sama



Wednesday, November 27, 2013

tak ber TAJUK

"oh indahnya kisah mereka kan", kata elisa kepada azri. Namun tiada reaksi, malah dengan bersahaja azri mengalihkan pandangan kearah lain.
"what's wrong with you?"
Nothing. says azri. Dan masing-masing mula melayan perasaan diiringi dengan lagu yang mengasikkan jiwa. terbuai seketika.
azri memandang elisa dan bertanya
awak nak tak jadi pendamping saya disaat ini hingga syurga
elisa kaku untuk menjawab pertanyaan tersebut
dia tahu, hati dia sememangnya menyayangi dan mencintai pemuda bernama azri
namun, ada batas yang perlu dijaga
elisa termenung untuk menyampaikan jawapan.
ya hati berkata suka cinta
namun, lidah kelu
mereka kembali melayan perasaan dan jiwa
elisa bersuara
andai kau jodohku, kemana-mana aku pergi atau kau pergi
aku dan kau akan bersatu dalam satu ikatan.

Tuesday, November 26, 2013

gadis kampung


dia
seorang gadis kampung
yang mempunyai rasa

dia
gadis kampung
yang dididik cara kampung
yang mungkin agak kolot
mungkin

dia
gadis kampung
yang tidak punyai apa-apa kemodenan
mungkin

dia
gadis kampung
yang datang ke bandar kota
untuk melihat
bagaimana rupa
kota yang di anggungkan
yang banyak fantasi dari realiti
mungkin

dia
gadis kampung
yang mencintai ilmu
sampai ke tempat dituju

dia
gadis kampung
hanya menjadi pemerhati
kepada pelbagai ragam manusia
mungkin

dia
gadis kampung
yang selekeh, kolot
tidak menarik
dan langsung tidak menarik mata-mata
dan
dia
sekadar melihat dan mentafsir
dan terus mentafsir
mungkin

dia
gadis kampung
hanya mampu
menitipkan doa
agar dirinya
tidak tenggelam dek
kota yang penuh dengan kepalsuan
mungkin

yang amat comot
yana liyana




Sunday, November 17, 2013

pelangi itu


pelangi itu indah
indah dimata
dan juga dihati
mungkin

dan
seindah itu juga
kisah ini
kisah kau aku dia dan dia

kau dan aku
dipertemukan secara
kebetulan
juga dengan dia
dan dia

aku dan kau
bejalan seiringan
berdua
gelak ketawa
bersama

namun,
bila dia dan dia hadir
kau
pergi meninggalkan aku
aku terkedu
salah aku kah
silap aku kah

otak membeku
untuk berfikir
untuk mengimbas
apa yang berlaku

kau
pergi meninggalkan aku
tanpa sebarang kata
aku
kelu dan kaku
tiada rasa

kerana dia dan dia
kau
pergi
berlalu
tanpa sebarang
kata atau
ucapan
dan tanpa senyuman
seperti biasa

aku
hanya mampu
melihat
sambil air jernih
membasahi bumi

kau pergi
tanpa kata

yang amat comot
yana liyana

Saturday, November 16, 2013

kata


kau kata
ada apa dengan cinta
tapi aku kata
ada apa dengan kau
kau gelak
aku pun gelak

kau kata
hidup perlu diteruskan
aku kata
memang perlu di teruskan
kau gelak
aku pelik

kau kata
cinta itu buta
aku kata kenapa buta
kau kata sebab dia tak ada mata
dan aku gelak

aku kata
kau selalu buat aku gelak
kau kata memang tugas kau
aku kata kenapa
kau kata
suka hati kau la

aku kata
kau gemuk
kau kata aku hensem
aku kata
aku perempuan
kau kata
peduli apa
dan
kau gelak

kau kata
tak ada kau
dunia aku kelam
aku kata
kelam kenapa
kelam sebab nak malam
kau gelak
dan aku gelak

kau kata
kau jatuh cinta
aku kata
kau jatuh cinta
kau kata
ya aku jatuh cinta
aku kata
dengan siapa
kau kata
dengan aku
dan aku gelak


yang amat comot
yana liyana