Tuesday, April 26, 2011

.noktah.

:sampai masanya untuk menoktah semua:
:fokus pada yang satu:
:hanya stUdy:
:masih teringat:
:kata2 seOrang kawan:
:bila dia cakap:
:kesian la kat mak saya:
:impian dia:
:untuk kerja yang best2:
:katanya:
:dan ia membuatkan:
:saya tersedar:
:apa yang saya kejar:
:ilmu, impian:
:namun ia seakan tenggelam:
:sebab:
:........:
:saya sudah lalai:
:terima kasih kawan:
:sebab ingatkan saya:
:kesian kat mak saya:
:kata-kata itu:
:saya pegang sebagai azimat,nasihat:
:sangat-sangat berbekas dihati ni:
:THANKS:



'sangat penat'

terasa penat
dalam meniti 
beberapa hari lagi di bumi ukm ni
nk biskan 
1paper je lagi
dan
dugaan silih berganti
kadang-kadang 
tersungkur ke bumi
hati terluka
meghiris jiwa
moga 
diberi kekuatan 
menghadapinya
serta
tabah...
ya..
harus tabah!!!
ujian adalah tarbiah dari ALLAH
harus tabah dan sabar..





Sunday, April 24, 2011

itoo dan ini

awak sentiasa ada untuk saya
tak kire mase 
saya stress ke, 
moody ke,
heepi ke,
susah ke,
senang ke,
awak,
selalu 
bagi nasihat,
sokongan,
pendapat,
Even awak suke berleter 
tp 
saya suke
sbb saya tahu
awak care tentang saya
gembira ada awak
"sentiasa ada untuk saya"
maceh awak
atas segalanya....

"enche bulat"



Untukmu WANITA

Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.


Thursday, April 21, 2011

"khas untuk my sis"

entri ini saya tujukan khas untuk "my sis" a.k.a adibah hamid...


tiada apa yang ingin dicoretkan kerana dia, cume dia adalah sahabat, kakak, penasihat, pengkritik dan macam2 lagi kepada saya..


to my beloved sis,

awak yang suke buli saya
tapi saya yang buli awak balik
awak yang suke g pantai
saya yang suke ikot awak
awak yang suke bace novel
saya yang suke pinjam novel awk.

bile saya sedih
awak suke nasihat saya
bile "neves"
awak selalu nasihat saya
"jangan "neves"
awaklah
penasihat,
pakar motivasi yang bertauliah yang selalu ada untuk saya
'maceh' sis..
sayang awk..


khas untuk adibah hamid
saya selalu ingat awak la..
dalam hati ini..





hanya dengan sabar

alhamdulillah..segala dipermudahkan oleh ALLAH hari ini...alhamdulillah..diberi ketenangan ketika menjwab exam..syukur dipanjatkan kepadaNYA...walaupun seribu satu masalah datang menjelma dalm satu malam...namun...ALLAH memberi seribu kekuatan untuk saya hadapinya...

terima kasih buat 'rumet' yang tersayang "AIN" yang membuatkan hati saya gembira..walaupun dia tidak mengetahui apa yang saya alami...tapi saya bahagia dengan gelak ketawa die..dan saya turut gembira....


dengan apa yang terjadi...saya tahu..saya harus kuat untuk hadapinya...walaupun ia sesuatu yang saya tidak pernah jangka untuk terjadi...mungkin ini adalah ujian buat saya...ia membuatkan saya membuka mata bahawa kita harus bertegas dalam ape jua...namun..SABAR menjadi ingatan saya dikala semua ini terjadi....Subhanallah..
bertapa hebatnya SABAR ini...

syukur alhamdulillah....terima kasih YA ALLAH..
temukanlah aku dengan jalan yang kau redhai...




.aku. kamu. dia.

aku.
kamu.
dia.
dimana 
silapnya
aku?
kamu?
dia?
demi
kamu dan dia.
aku
pergi
jauh
dari 
kamu
dan 
dia
tersenyumlah
kerana
aku
pergi
membiarkan
kalian bahagia


.aku. kamu. dia.