Thursday, November 7, 2013

perasaan mungkin

Tika bayu menghembus di mukanya
Saat itu juga air mata mengalir
Dan seakan-akan tidak mahu berhenti
Mengalir dan terus mengalir
Mudahnya!

Hati berkata kenapa!
Namun tiada jawapan yang mampu di berikan
Hanya tangisan yang berterusan
Mengungkap segalanya

Mata itu!
Terus berkaca dan redup
Bayu terus menghembus lembut
Seakan-akan mengerti apa yang dialaminya
Kesedihan yang mungkin akan berterusan
Mungkin dan Mungkin

Tiada siapa tahu…mungkin..dan mungkin..



yang amat comot
yana liyana




Sunday, October 27, 2013

hari jubah mereka

assalamualaikum..


nak update blog sikit...

tahniah buat sahabat-sahabat yang berkonvo. Alhamdulillah..mereka diberi kesempatan untuk konvo..insyaALLAH masa untuk saya akan tiba jugak..insyaALLAH tahun depan..kalo tak ada halangan dan sebagainya..



 tahniah buat sahabat-sahabat saya




yang amat comot
liyana

Sunday, October 13, 2013

tiada rasa



Dia termenung di tepi tingkap 
Mungkin melihat karenah monyet 
Atau hanya sekadar mahu di situ
Renunganya redup
Seakan-akan mahu menangis

Ya ,
Ada cecair di kelopak mata
Menanti masa jatuh ke bumi

Aku ,
Hanya mampu melihat
Tidak untuk merasa
Kerana aku pun punya hati
Yang tidak seperti dia
Mungkin 



Thursday, October 10, 2013

sapu habuk sikit....

fuhh..fuh...lap sikit blog yang dah penuh habuk ni..fuh.....hehehe


Assalamualaikum...


alhamdulillah..tetibe rajin nak menconteng blog ni...lame tak menconteng..sibuk.sibuk menyiapkan thesis,sibuk praktikal,sibuk bercuti dan sibuk dan sibuk lah. sebenarnya malas nk menconteng ni...hehehe..alasan je semua tu...

btw, syukuar pada ALLAH sebab saya dah berada di tahun-tahun akhir pengajian.insyaALLAH ini sem last. t.kasih pada semua yang mendoakan saya..family.my sis (mama Hakim), dan orang-orang yang tak dapat nak disebutkan nama disini..t.kasih awak dan awak dan awak..banyak betul awak..semoga ALLAH membalas jasa kalian.

semesta akhir ini ALLAH pertemukan saya dengan adik-adik yang comel2..wan, sarah..ehehe..maceh ea..:)
dan semesta ni gak, kene belajar berdikari..uruskan semua..mulanya rasa macam susah..tapi hati selalu doa, agardipermudahkan..alhamdulillah..dengansegera ALLAH mempermudahkan..begitu hebat kuasa doa.ALLAH hadirkan insan-insan yang baik...syukur Alhamdulillah..

tinggal beberapa bulan lagi untuk menamatkan pengajian..sungguh, pelbagai rasa yang ada dalam hati..semoga dipermudahkan perjalanan untuk menghabiskan pengajian ini.

ouh lupe..dikesempatan ni jugak nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan satu sekolah yang sukeee sangat panggil saya mashimaro..sebab saya punye tabiat tido dalam kelas mase subjek sejarah..selamat bertunang juga buat kawan saya yang selalu berkongsi rasa fizah dan adli dan selamat menjadi ibu kepada my sis, suzie. selamat bekerja buat romate a.ka. cosmate a.k.a kawan susah senang..selamat bekerja!

serta tak lupa rinduuu sangat-sangat dekat geng kelisa IR..epul, niteeerrr, najwa..korang memang best..pegi putrajaya semata-mata nak makan-makan sambil tengok lampu..tak ingat thesis tu nak kene hantar..hehehe..gosip-gosip mak jemah dalam Fb..siyesss rinduu saat tu..tunggu awak2 semua konvo..

dan buat keluarga IR yang happening sangat..saya doakan awak2 semua berjaya dalam bidang masing-masing..dah bley nikah dah..degree dah dapat..hehehe..

terakhirnya, buat enche gemukss..terima kasih atas nasihat yang kadang-kadang terkena diri sendiri...


huh...penat nak menulis....


nanti kite sambung lagi....

yang amat comot,
yana liyana





Wednesday, May 22, 2013

SebeLum TerLeLap

sekadar mahu berkongsi rasa,

mereka lah kesayangan saya

merekalah penghibur hati

merekalah penyeri selain daripada keluarga


kenangan yang tercipta semalam 

akan menjadi ingatan untuk seumur hidup

ye

terasa kesedihan di dalam hati

namun seperti kata-kata yang selalu kita dengar

setiap pertemuan ada perpisahan

merekalah kesayangan saya!!

semoga semua berjaya

yang amat comot,
yana liyana


Tuesday, May 14, 2013

Kesayangan Semua





"Kesayangan Semua"



moga ikatan persahabatan ini akan kekal selamanya


yang amat comot,
yana liyana 

Saturday, March 23, 2013

Coretan pag! har!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...pagi-pagi hari mata masih tak mengantuk..boleh la buat assignment yang bertimbun-timbun ni.adat la sebagai seorang student kalo tak de assignment tu macam tak lengkap la. THESIS pon harus buat.ye..tu satu satunya kerja yang perlu dibuat secara teliti dan memerlukan fokus serta minat..kalau tak minat kene jugak tanamkan minat.Alhamdulillah pengajian di bumi bangi akan berakhir insyaALLAH hujung tahun ni..doakan la..amin...

akhirnya 2013 menjadikan saya semakin kearah kedewasaan..ye..Alhamdulillah..cuba untuk bersikap lebih matang walaupun kanak-kanak ribena tu ada lagi...nak cuba ubah tapi mungkin agak ambil masa..but..i will try..tahun ni jugak banyak berita gembira yang menerpa dalam diri ni..cewah..tahniah kepada my sis coz tak lama lagi nak dapat baby..gembira katanya..ye..saya pun turut gembira untuk dia..gembira dengan apa yang dia berjaya hadapi..dan nasihatnya..percaya pada ALLAH..dan jangan putus asa dan terus berdoa dan berdoa..ouh..saya tak sabar nk dukung baby tu..hehe..dan tahun ni juga kaki ni akan melangkah ke alam kerja..walaupun sekadar praktikal tapi ia menuntut kita cuba menyesuaikan diri..insyaALLAH akan cuba yang terbaik. 

pape pon..setiap orang akan mengarang kisah dia sendiri..dan begitu juga saya..dan saya mengambil keputusan untuk tidak berkata-kata..biarkan mulut itu berbicara selagi ia mampu.saya hanya mampu tersenyum melihatnya. (macam tak de kaitan)

cukuplah sekadar disini.




yang amat comot,

yana liyana