Thursday, April 12, 2012

saje je..(^_^)

kita akan menghargainya ketika kehilangannya..

dan kita tidak akan pernah merasai kehadirannya di samping kita...

umpama angin yang berhembus..langsung dibiarkan berhembus tanpa kita
syukuri...

namun, tanpa angin mampukah kita menjalani landasan hidup ini??
dan kita sentiasa merasa sesak ketika adanya dia.
kerana kita rasakan dia bukanlah sesiapa dlm hidup kita..
tetapi kita lupa..dia merupakan segalanya untuk kita..
mungkin..seketika waktunya..kita perlu merasai ketiadaan dia..
agar kita dapat mensyukuri sejenak, perlunya dia untuk kita..
dan tidak ALLAH kurniakan dia untuk kita tanpa sebab dan tujuannya..
namun itulah lumrah kita manusia..
sentiasa membiarkan yg di depan mata pergi tanpa rela..
pesanku " jika tidak suka pulangkan sahaja..maka ALLAH menariknya"..
tapi ingat jangan kau kesali..jangan kau tangisi..
alangkah sunyi dunia..tanpa dia..
saat di depan mata dia pergi menghadap ILAHI..
airmata tidak sempat bertakung..lantas tumpah ke bumi..
dan ketika itu..kita teringat..kita akan menghargainya ketika kita 
kehilangannya..






yang amat cOmOt,


yana liyana



Thursday, March 22, 2012

comei nyee

copy daripada
izin copy ea=)

comeykan...

(^___________^)

ni bUkan kad kawin saye OK,
sekadar berkOngsi je..
sebab CANTEQ and cOmel
heeee.....



yang amat comot,
yana liyana

Tuesday, March 13, 2012

bUat HAWA dan ADAM



sekadar nasihat dan renungan buat semua HAWA dan juga ADAM


Buat ADAM dan HAWA:


andai mahu mencari hawa..


1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..
lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..
fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..
sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..
andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..
andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..
andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..
andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..



CREDIT TO EMMA RUSLI cOz bagi share..(^_^)

Saturday, March 10, 2012

'selamat tinggal'

mesti sume ingat saya nk pegi mane kan...xla,sekadar ucapan selamat tinggal untuk kenangan yang lalu, kehidupan  yang lalu..saya kalau boleh nk putar semula detik-detik yang pernah berlaku dalam hidup saya..bukan ape..kalau boleh nak hiaskan ia dengan kenangan-kenangan yang indah..tapi siapalah kita kan..hanya seorang HAMBA yang menuruti setiap perjalanan yang telah ditetapkan.

alhamdulillah..tika ini..saat ini..saya menemui sesuatu yang telah lama hilang...datangnya tanpa berita..dan saya tak akan biarkan ia pergi lagi...itulah KASIH SAYANG ALLAH..saya tahu...DIA sentiasa ada untuk saya..saya tahu DIA tempat yang saya boleh meluahkan segalanya..segalanya yang saya tidak boleh luahkan kepada manusia..

cukuplah dengan apa yang terjadi..ia seakan-akan memberi peringatan..bahawa saya telah jauh dari DIA..DIA mahu saya kembali...kembali ke landasan yang sepatutnya...dan terima kasih atas peringatanNYA.



yang amat cOmOt,
yana liyana.

Thursday, January 5, 2012

...my LoveLy...

ni la chenta hati saye....












chenta hati yang amat2 disayangi....


yang amat cOmOt,
yana liyana

Wednesday, January 4, 2012

sekadar sekeping gambar

kita mengatakan kita semakin dekat
tapi sebenarnya semakin jauh
dan akan terus jauh
tanpa kita sedari
.........


sekadar renungan: jangan kita biarkan orang yang berada didepan kita berlalu pergi begitu sahaja tanpa sempat kita menyapanya dan tanpa kita berterus terang. esok mungkin tiada lagi peluang untuk kita


heeeee....sempat lagi time2 exam ni..heeeee..

yang amat comot.
yana liyana

Monday, January 2, 2012

segalanya 2012

alhamdulillah...2012 sudah menjelma. banyak saya tengok kawan2 yang membicarakan sal  2012..heee..macam2 azam yang ade..ade yg nk success dalam study la, yang nak kawen la,yang nak cari keje la dan macam2 lagi azam. tapi pastikan setiap azam yang kita buat tu kita cube gapai. insyaALLAH cube ye.. ape2 pon saya xtahu ape azam saya sebab sibuk nk exam final sem ni..TAKOOTT..subjek yang amat2 mencabar sem ni..phewwww....ape2 pon..saya doakan semoga kawan2 yang nak final exam ni dipermudahkan segalanya. amin.

dipenghujung tahun 2011 hari tu, ramai yang nek pelamin..dan tak ketinggalan sepupu saya..apih n pasangannya..tahniah diucapkan...hikhik...sangat2 sepadan kamoo berdua..comellll sangat..semoga kehidupan kamoo berdua diberkati oleh NYA. dan tak lupa jugak tahniah jugak buat kawan saya Nur Lida n pasangan yang dah selamat diijabkabulkan...dan coming soon kawan saya Ekah yang akan diijabkabulkan jugak...sampai seru dah...semoga jadi isteri solehah..amin..dan tak lupa jugak buat kawan seperjuangan di campuz ni..yang akan menjadi tunangan orang...tahniah jugak...

heee..alhamdulillah..semoga semuanya baik2 saje...dan saya masih disini meneruskan perjuangan yang belum selesai..agak penat..tapi demi satu impian ia mesti diteruskan kerana semuanya kerana NYA. dan semoga 2012 memberi harapan,kenangan yang terindah buat saya dan juga sahabat2 saya..

dan buat my sis ADIBA HAMID, saya memang selalu perlukan nasihat kamoo..Thanx sis..selalu ade untuk saya.

tahun 2012 ini jugak saya perlu lagi dan lagi tabah dan kuat serta sabar dalam menempuhi segala dugaan, walaupun kadang-kadang ia membuatkan saya jatuh dan tersungkur..tapi, saya masih mampu tersenyum kerana ade DIA disisi  saya. insya ALLAH saya akan cuba yang terbaik.=)



ini untuk semua:

yang amat comot,
yana liyana.